Tanjung Harapan letaknya tidak jauh daripada Pelabuhan Utara atau North Port. Di sekitar kawasan ini terdapat kilang-kilang dan gudang kerana Port Klang adalah juga kawasan perindustrian. Istimewanya di Tanjung Harapan ialah kapal-kapal dagang yang besar dan bot-bot kecil boleh saja dilihat berlabuh, belayar keluar dan masuk ke pelabuhan dengan jelas. Dulu, pada tahun 90-an, kawasan ini juga disebut sebagai Esplanade. Orang Klang juga memanggil tempat ini dengan nama Tanjung Gila. Tanjung Gila! Pelik bunyinyakan!
Tanjung Harapan merupakan kawasan berpantai di Selangor, yang terdekat untuk dikunjungi oleh orang-orang sekitar Klang dan Shah Alam. Jaraknya daripada pusat bandar DiRaja Klang hanya 12 km dan jika daripada Bandaraya Shah Alam kira-kira 20km (15-20 minit perjalanan). Lihat peta untuk panduan perjalanan anda ke Tanjung Harapan.